LOSYEN MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun adalah salah satu minyak sayuran tertua yang diperoleh daripada buah pokok zaitun. Minyak Zaitun telah digunakan secara meluas dalam produk kosmetik untuk melembabkan kulit dan rambut serta memberi khasiat kepada kulit kerana kaya dengan komponen antioksida dan antiradang seperti vitamin E tokoferol, vitamin K, beta karotin, squalene, hydroxytyrosol dan oleocanthal.
LOSYEN MINYAK ZAITUN
Pokok Zaitun atau nama saintifiknya Olea Europaea L. berasal dari negara meditterean. Minyaknya terhasil daripada perahan daun dan buahnya.
Losyen Minyak Zaitun memberi kebaikan kepada:
Kulit
Rambut
Kuku
Vitamin E (Tocotrienol)
Tocotrienol adalah sebahagian dari keluarga besar vitamin E. Dan ia adalah sebahagian dari nutrisi yang sangat penting agar sel-sel otak dan sel-sel organ yang lain dalam tubuh dapat berfungsi dengan baik. Selain dari tocotrienol, satu lagi jenis vitamin E adalah tocopherols.
Walaupun tocotrienol merupakan sebatian vitamin E yang kurang popular dan dikenali namun tocotrienol adalah sebatian vitamin E yang paling bermanfaat dan memberikan kesan positif terhadap makanan berbanding dengan sebatian tocopherol.
SWEET ALMOND
Aroma Kekacang
badam bermanfaat untuk kesihatan kulit dan rambut. Aroma badam dicirikan dengan bau yang manis dan haruman kekacang dengan sedikit bau kayu-kayuan
Lavender rosemary
Aroma klasik
Lavender mempunyai bau yang halus dan manis seperti bunga-bungaan dan herba. Rosemary mempunyai haruman kayu dan dianggap sebagai asas dalam aromaterapi. Gabungan haruman lavender dan rosemary menghasilkan aroma yang memikat hati. Aroma ini popular di spa kerana baunya yang menenangkan.
Antara manfaat Losyen Minyak Zaitun:
BIBIR SELALU KERING DAN MEREKAH?
Losyen Minyak Zaitun dapat membantu melembutkan bibir pecah atau merekah.
Bibir kering
Alangkah tidak selesa apabila bibir pecah dan kering kerana ia bukan sahaja menyakitkan malah mencacatkan penampilan diri anda. Apabila lapisan kulit mengalami kerosakan atau kecederaan angkara kurang kelembapan, ia akan menjadi kering dan pecah. Kesannya, darah akan mula keluar dan menjejaskan bibir anda.
Minyak Zaitun kaya dengan komponen kimia seperti fenolik yang mempunyai tindakan antioksida terus pada kulit. Ia mempunyai kandungan tokoferol (Vitamin E) yang dapat membantu dalam melembabkan kulit dan bibir.
KHAS BUAT MEREKA YANG MENGINGINKAN RAMBUT YANG BERKILAT DAN SIHAT
Rambut lebih lembut, bersinar dan elastic selepas menggunakan losyen minyak zaitun
Kesihatan Rambut
Kajian membuktikan penggunaan minyak zaitun pada rambut membantu dalam membaiki masalah rambut bercabang, mengembalikan kelembapan rambut dan menurunkan potensi rambut patah.
Terdedah terlalu lama pada sinaran UV antara punca kulit kepala menjadi kering dan boleh menyumbang kepada keradangan. Penggunaan Losyen Minyak Zaitun boleh melembapkan kulit kepala yang kering justeru mengurangkan keradangan dan pada masa yang sama melindungi daripada radiasi sinar UV kerana aktiviti antioksidannya yang tinggi.
INGIN KUKU YANG BERKILAT DAN CANTIK?
Losyen Minyak Zaitun dapat membantu menguatkan kuku
Kuku sihat dan kuat
Minyak Zaitun cukup berguna bagi tujuan kecantikan termasuklah membantu menjaga kuku anda. Menggunakan minyak zaitun secara rutin mampu membantu menjaga kuku anda agar sentiasa berkilat, kuat, dan lembut.
Losyen Minyak Zaitun ini bermanfaat bagi membantu menguatkan kuku, menghaluskan dan mencerahkan kutikel kuku. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa.
No. 20 Jalan Utarid U5/14,
Mutiara Subang 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
contact: +6012-279 7641
Website: