Habbatus Sawda
Biji Delima
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ
“Pada Al-Habbatus Sauda’ itu syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit,
kecuali As-Saam (mati)”
Hadis Riwayat Bukhari
Delima dikenali secara saintifik sebagai Punica Granatum L. (Punicaceae). Biji buah delima adalah antara bahan berasaskan buah-buahan yang paling berkhasiat dan bernutrisi dan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi daripada anggur merah dan hampir sama dengan teh hijau.
Minyak Delima
Habbatus Sauda
Minyak Delima Habbatus Sauda adalah campuran minyak daripada kedua-dua delima dan habbatus sauda.
kedua - duanya adalah bersifat antioksida dimana ia dapat membantu dalam merawat penyakit kardiovaskular dengan cara mengurangkan jumlah kolestrol terutamanya kolestrol jahat LDL (low-density lipoprotein) dan trigliserik
(sejenis lemak dalam darah).
Minyak Delima Habbatus Sauda
Gaya hidup moden masa kini, ditambah pula dengan diet yang kurang optimum, membawa kepada keadaan diet tidak seimbang. Oleh itu, makanan tambahan daripada sumber semulajadi sangatlah diperlukan oleh tubuh badan kita. Gabungan dua makanan sunah ini mampu membantu menjaga kesihatan tubuh badan secara optimum.
Delima &
Habbatus Sauda?
Habbatus sauda atau jintan hitam merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Nigella sativa berasal dari wilayah Mediterranean. Juga dikenali sebagai penawar segala penyakit.
Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum merupakan sejenis buah yang lazat berjus serta disebut dalam Al-Quran sebagai makanan di dalam syurga.
Apakah Itu Thymoquinone?
Thymoquinone adalah komponen bioaktif dalam minyak habbatus sawda. Kajian menunjukkan Thymoquinone mempunyai pelbagai fungsi dan aktiviti biologi seperti antikanser, penggalak sistem imun, antioksidan, anti-radang, serta bersifat cardioprotective, hepatoprotective dan neuroprotective.
Thymoquinone adalah ejen terapeutik yang berkesan dalam membantutkan perkembangan dan pertumbuhan pelbagai jenis sel barah, serta mengelakkan rebakan sel barah ke struktur badan yang lain.
Sumber Antioksida
Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.
Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida boleh menggalakkan kesihatan yang baik.
7
MANFAAT
Minyak Delima
Habbatus Sawda
RISAU ADA MASALAH SISTEM SARAF?
Sistem saraf penting dalam segala yang anda lakukan. Kesakitan dan kerosakan saraf boleh menjejaskan kualiti hidup.
Mempertingkatkan Kesihatan Sistem Saraf
Sistem saraf ialah bahagian badan yang mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal serta menguruskan pertalian isyarat komunikasi di dalam badan.
Asid punisik (dalam minyak biji delima), Asid lemak tidak tepu (dalam kedua-dua habbatus sauda dan delima), thymoquinone, thymol, p-cymene dan flavonoid (dalam habbatus sauda) mampu memberi kesan perlindungan kepada masalah gangguan saraf seperti Alzheimer dan penyakit Parkinson.
KANSER MENGANCAM NYAWA
Minyak Delima Habbatus Sauda mengandungi kandungan aktif yang dapat membantu melawan sel-sel kanser
Melawan Sel Kanser
Kanser ataupun barah merupakan sejenis penyakit yang boleh bermula pada mana-mana bahagian dalam tubuh badan manusia. Ia terjadi apabila sel normal dalam badan bertukar menjadi kanser, ia akan membesar dan merebak tanpa kawalan.
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam minyak delima, serta bahan aktif thymoquinone mampu melawan pelbagai penyakit kanser.
Polifenol mampu memberi kesan peneutralan radikal bebas manakala kandungan thymoquinone dalam habbatus sauda terbukti berkesan melawan pelbagai kanser.
TERGANGGU AKIBAT GEJALA MENOPAUS?
Kekeringan faraj, gatal-gatal dan ketidakselesaan mungkin bermula semasa perimenopause dan berterusan hingga menopaus.
Menopaus
Menopaus, juga dikenali sebagai klimakterik, merupakan tempoh dalam kebanyakan kehidupan wanita ketika haid berhenti secara kekal dan akan mengalami gejala yang tidak selesa/ menyakitkan.
Delima adalah satu-satunya tumbuhan yang diketahui mengandungi steroid seks tertinggi. Ia mengandungi pelbagai fitoestrogen selamat (secara kimia) yang serupa dengan estrogen biosintesis semulajadi yang dihasilkan oleh badan manusia. Kandungan fitoestrogen dalam delima berkesan merawat dan mencegah gejala menopaus.
HUBUNGI KAMI
No. 20 Jalan Utarid U5/14,
Mutiara Subang 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Hubungi: +6012-279 7641
Email: admin@rizqteja.com
Website: